Assalamualaikum, Salam 1 Ukhuwah dan Salam 1 Malaysia...
Event : Hello IMSA
Tarikh : 05 Mac 2013
Tempat : Dewan Serbaguna Kolej Jasmine
Pada tarikh tersebut, telah berlangsungnya satu event yang dianjurkan oleh pihak IMSA. Event ini bertujuan adalah untuk memperkenalkan nama-nama persatuan yang ada di UiTM Puncak Perdana kepada pelajar baru. Event ini telah diwajibkan hadir untuk pelajar dari semester 1, 2 dan 3.
09:00 malam :
Event "Hello IMSA" telah berlangsung dan di iringi oleh bacaan doa, nyanyian lagu "Negaraku" serta lagu "UiTM Dihatiku".
09:15 malam :
Ucapan dimulakan oleh Presiden IMSA iaitu Nur Illiana Baharudin Shah. Di turuti dengan ucapan oleh wakil Penasihat IMSA dan ucapan terakhir telah disampaikan oleh TDHEP iaitu Dr. Wan Abd. Kadir Wan Dollah.
09:30 malam :
Pada event ini, telah berlakunya satu penyampaian dan pelantikan rasmi kepada penasihat IMSA iaitu Encik Ahmad Nadzri Mohamad sebagai penasihat 1 dan Puan Nor Zaina Zaharah Mohd Ariff sebagai penasihat 2 untuk persatuan IMSA. Selain itu, penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh penasihat 1 kepada TDHEP.
09:45 malam :
Tayangan video korporat IMSA, tayangan video khas untuk memperkenalkan pensyarah FPM kepada pelajar dan tayangan video aktiviti yang akan dijalankan pada semester MAC-JULAI 2013, telah ditayangkan kepada pelajar yang hadir pada event ini.
10:00 malam :
Sesi soal jawab telah dibuka kepada pelajar untuk ditanyakan kepada pihak IMSA dan juga pihak IMSA telah mengadakan QUIZ untuk pelajar dan ada hadiah misteri menanti.
10:15 malam :
Sebelum melabuhkan tirai, nyanyian lagu "Wawasan Setia Warga UiTM" dan perarakan TDHEP dan penasihat IMSA ke meja santapan yang telah disediakan.
To Know To Lead To Serve To Understand
No comments:
Post a Comment