Kami di barisan IMSA mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat khususnya warga fakulti. Semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 manfaat kepada peribadi kita semua.
Nampaknya Ramadhan kali ini, warga fakulti sekalian sudah tentu dapat meluangkan masa di rumah bersama ahli keluarga. Jangan lupa untuk melipatgandakan ibadah anda di bulan yg mulia ini. Semoga anda semua dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Bulan Ramadhan juga tidak menghalang kita dari mengamalkan gaya hidup sihat, jadi jangan malas untuk melakukan sedikit senaman dan regangan tetapi jangan keterlaluan pula kerana kita juga memerlukan tenaga yg secukupnya sepanjang Ramadhan. Elakkan dari sebarang bentuk pembaziran kerana pada bulan yg mulia ini pada hakikatnya mampu mengajar kita berjimat cermat. Kawal nafsu dan amarah kerana kesabaran itu penting dalam membina peribadi mukmin sejati. Sekali lagi kami mengucapkan, selamat menjalani ibadah puasa!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment